Dah berapa hari saya keletihan..
Kaki sakit sebab kuku cedera.
Perut/ari2 sakit sebab period.
Kepala sakit sebab tension.
Saya sedang induksi sekarang. dari 4-22 mei. Dahulu induksi akan memakan masa selama 2 minggu dan diadakan sepanjang hari. Tapi sekarang induksi saya memakan masa 3 minggu dan dijalankan separu hari sahaja (pagi).
Bila induksi pagi shja, petang tu mestilah masuk office. Dan kerja tetap saja banyak. Tapi masa untuk kita menghabiskan kerja tinggal separuh saja. Belum ditambah dengan meeting2 yg perlu dihadiri.. Bukannya saya merungut.. bukan! Saya suka kerja saya.. Tapi badan saya agak letih..
Kalau keadaan kesihatan saya di tahap optimum, pastinya tiada masalah. Sekarang bila badan sakit2, memandu kereta pun susah.. Mahu berjalan pun susah. alhamdulillah, wujudnya pil2 penahan sakit yang banyak membantu saya. Dan juga doktor di pusat kesihatan tempat kerja saya ini yg memberi ubat kepada saya tanpa perlu saya bayar satu sen pun (majikan yang bayar!).
Panjang betul mukadimah saya kan!! Yang saya nak cerita sebenarnya.. semalam, ketika badan letih, otak pun dah tak mampu berfikir lagi.. maka saya pun bergerak pulang dari pejabat.. Waktu sudah menunjukkan pukul 11 malam. Setibanya di rumah, saya cuma ingat katil dan bantal sahaja.
Tiba-tiba, housemate saya telah mengunjukkan satu surat yg diambilnya dari peti pos rumah sewa kami.. Saya hairan.. Surat dari syarikat bernama Bonita.. "Iklan la ni".. bisik hati kecil saya..
Bila dibuka dan dibaca suratnya, terus saya tersengih.. "Wah! rezeki!"
Rupa-rupanya saya menang peraduan rank & win elianto. Walaupun sekadar saguhati, tapi voucher rm100 itu sangat mengujakan.. Hilang penat badan. Hilang sakit kepala. Tapi sakit kaki tetap ada laa..
Hahaha.. Sungguh suka hati!! Dan hari ini, kelas induksi batal kerana penceramah tiada. Kami beraktiviti bebas. Sesudah berbincang tugasan assignment dan membahagi peranan masing-masing, masa sebelum saya perlu masuk ofis ada terluang lagi 3 jam. Maka saya pun bergeraklah ke cawangan elianto yg terdekat dan waalaah!! Saya telah meborong barang2 elianto (malah melebihi jumlah voucher yg saya dapat huhu..). Tapi saya puas hati.. Gembira dan riang sangat2..
Siapa yg x suke barang free kan kan!
No comments:
Post a Comment