.jpg)
.jpg)
Ini ibu jari kaki kiri ku.. Sihat, teratur, dan yang paling penting... tidak cedera dan menyakitkanku.
Ini pula gambar ibu jari kaki kanan ku.. Terkopek separuh kuku, telah disapu ubat. Kuku tidak lagi rapat ke isi. Doktor tak benarkan cabut semua kuku tu terus, biar disapu antibiotik dahulu. Jika tidak berkesan dlm seminggu ini, rawatan susulan akan diberi.
Sakitnya... perit.. pedih.. berdenyut.. Bernanah di dalam mungkin.. atau kuman bakteria sedang berperang dengan antibiotik barangkali? Hidup bergantung pada painkiller dan panadol saja sekarang. Pergerakan pun terbatas.. Kuku sudah menjadi biru kehitaman. Pastinya sudah jadi mati bukan?
Ya Allah bersyukur aku kerana tiada diabetes, penyakit keturunan keluarga.. Jika tidak, mungkin saja aku perlu ucap selamat tinggal pada kakiku.
.jpg)
.jpg)
1 comment:
siannya. get well ya!
Post a Comment