Thursday, 26 February 2009

Ta Ta!!

I will not be around for four days. Course di Langkawi yg mana saya kena jadi pengerusi majlis huhu!! Bidan terjun sungguh aku!

Bila balik pulak ada sesi berpindah ofis hingga hujung minggu..

Kemudian jumpa my GALS!!

Kemudian kerja sekejap 1 minggu..

Lepas tu ke BaNdUnG!!!

Hahahahah.. bermula lah sesi menghabiskan gaji.. la la la la !!

Monday, 16 February 2009

Letih


Tidak dapat tidur semalaman. Maka, saya sangat letih. Badan lenguh-lenguh. Bawak kereta pagi tadi pun khayal je smpai naik atas pavement tepi jalan. Automatik je otak bagi instruction to kaki tangan dan badan utk tukar2 gear, brek dan kona-kona on d way ke ofis tadi. Attention saya x tau terbang ke mana. Tau-tau je dh smpai ofis. Tak tahu lah boleh bertahankah saya bekerja hari ini. Kesimpulannya saya memang letih.

Wednesday, 11 February 2009

Terengganu Trip





Saya ke Terengganu baru-baru ini dan baru sekarang berkesempatan untuk buat entry mengenainya (maaf ya Wahida, tapi saya tahu anda tiada ketika itu..)

Masjid Kristal




Sebelum ini, banyak saya dengar desas-desus mengenai masjid kristal ini. Satu pembaziran lah- sebab dibuat di pulau maka siapa yg jadi jemaahnya, tak boleh dibuat tempat utk solat jumaat lah sebab di pula
u tiada yg bermastautin sekurang-kurangnya 40 org, salah kiblat lah, mcm2 lagi lah. Terdetik juga di hati ape lah kerajaan negeri Terengganu, apa guna bina masjid jika tidak digunakan dan diramaikan?

Ini sedikit gambar2 di Masjid Kristal. Saya sangkakan masjid ini besar. Rupa-rupanya ia seperti sekadar satu madrasah/musolla sahaja. Lagipun masjid terdekat boleh dilihat di seberang, tak jauh dari pulau terletaknya masjid kristal itu. Mungkin kerana namanya "masjid", maka ramai yang beranggapan fungsinya juga mesti seperti sebuah masjid yang biasa. Tapi yang saya lihat, ia lebih berfungsi sebagai madrasah di mana pengunjung-pengunjung ke pulau itu yg mau melihat Taman Tamadun Islam dan sebagainya boleh menunaikan kewajipan kpd Allah SWT. Sama juga kalau kita ke pusat membeli-belah, pastinya kita akan mencari surau untuk bersolat bukan.

Soal kiblat salah itu, saya tak dapat nak komen, kerana saya tiada kompas untuk mengkaji kedudukan masjid itu. Lagipun, takkanlah Jab Agama Islam Terengganu (adakah Jab ini yg bertanggungjawab, saya pun x tahu) akan sekadar membiarkan perkara seumpama itu berlaku tanpa sebarang teguran atau tindakan pembetulan atau penambahbaikan?


Taman Tamadun Islam

Ok, beralih pada Taman Tamadun Islam pula
.

Saya salute sungguh pada idea Taman tamadun Islam ini. Memang x puas berjalan2 di sini. Saya cuma sempat melihat landmark masjid-masjid dunia yang ada, tanpa masuk ke dalam amphitheatre yg disediakan di beberapa masjid kerana kekangan masa. Memang mimpi lah kalau nak harap saya berjalan seluruh dunia untuk lihat yg original, tapi dapat lihat semua replika masjid2 yg dikumpulkan di sini pun cukup mengagumkan.

Lihat gambar di sini ya!


Pasar Payang

Hehehe.. Saya mahu shop till you drop tapi ke
adaan kewangan x mengizinkan. Maka cuma dapat membeli beberapa essentials sahaja contohnya batik sutera spt gambar di bawah. Bukannya apa, sejak jadi org gomen skrg, setiap Khamis kena pakai batik, dan saya kena la ikut kan hehe.


Selain itu, saya juga beli cadar dan selimut yang lawa (di mata saya lah), juga set tilam baby utk bakal anak saudara yg akan datang bulan 3 ni.


Pantai

Sempat juga ke pantai ape ntah nama dia kat belah Setiu/Besut nun. Bersihnya. X mcm di P.D atau tempat2 lain yg pernah saya kunjungi.


Satu lagi yg saya suka d Terengganu ialah tulisan sepert gambar di bawah di bandarnya. Kagum.


Ok. Takat sini saja lah ye. Bye


Tuesday, 10 February 2009

Tag

Tag dari Wahida:

[Directions: Once you’ve been tagged, you have to write a blog with 16 random things, facts, habits or goals about you. At the end choose 16 people to be tagged, listing their names and why you chose them. Don’t forget to leave them a comment or tag them in your note to read this].

Oh perhatian ya! Saya malas untuk mengkategorikan perkara-perkara di bawah, maka semuanya adalah dalam random order. Just bear with me ya!


1. baru pulang dari jalan2 d terengganu.

2. tidak suka mengemas hal2 berkaitan kain baju. basuh saya rajin, sidai saya rajin, tapi nk melipatnya ya rabbi.. malasnya..

3. saya ada kerja yg banyak tp harini saya tiada mood utk bekerja.

4. saya sedang sakit perut penangan sambal ikan bilis dan petai yg dibaham mlm semalam. "Membuang" pun bau petai huuuhuu..

5. Saya teringin nk minum air sirap sejuk sekarang.

6. Saya menyampah tengok perkembangan di negeri kelahiran dan tempat tumpah darah saya, Perak. Kesimpulannya, saya menyampah dengan politik negara sekarang, yg mana saya mahu mogok dari pilih mana2 parti. Semuanya hipokrit (but that is another entry).

7. Saya benci dengan org2 yg tidak tahu adat dan asal-usul diri, lupa daratan seperti KAr*pal S#ingh itu.

8. Saya telah kembali single dan kini sudah malas mahu mencari. Kalau ada, adalah. Paling tidakpun, siapa sahaja yg hantar rombongan, jika disukai ibu bapa saya, saya redha dan terima saja.

9. Saya mahu sambung belajar lagi ke peringkat Masters pula. Tempat terdekat dengan ofis dan tempat tinggal saya sekarang ialah UKM sementelah UPM tidak menawarkan kursus berkaitan undang-undang tetapi hati saya meronta2 mahu ke UiTM. Benarlah, UiTM di hatiku.

10. Saya sgt suka memandu ke sana sini. Ia satu kebebasan di mana saya tak perlu menunggu/berbaris untuk public transport dan saya cuma perlu mematuhi jadual saya sendiri.

11. Saya akan ke Langkawi untuk satu kursus hujung bulan ini dan waktu senggang akan dimanfaatkan untuk berjalan2 sesuka hati saya. Sebelum ini, trip saya ke Langkawi semuanya adalah bersama family (read: ibu saya). If bapa saya turut serta, barulah kami sekeluarga akan berjalan2 mengambil angin. Jika tidak, ibu saya akan shopping sepuas-puasnya dan saya akan menjadi pencacai pengangkat barang2 shoppingnya :)

12. Saya bertanggungjawab mengelola Gerak Sihat iaitu aktiviti senaman di ofis saya. Sangat kelakar sedangkan saya bukanlah seorang yang suka/pandai/larat bersenam pun.


13. Saya kadang2 tidak dapat memahami apa perlunya bercinta dengan suami/tunang/kekasih orang. Tiada lelaki lainkah di dunia ini? Yang tidak eligible yg kamu mahu? Tapi mungkin senang saja saya berkata-kata sebab perasaan ini tidak jatuh ke pundak saya..

14. Saya sangat merindui suasana di Shah Alam dahulu. Di Serdang ini, saya tidak tahu mahu hang out di mana, makan sedap di mana, jalan2 di mana.. Walaupun di Shah ALam sejak ramai rakan2 sudah berpindah jauh dari Shah Alam, saya tidak keputusan aktiviti untuk dilakukan. Tapi di Serdang, entahlah. Saya berkereta tidak tahu menghala ke mana semata-mata mau menghilangkan kebosanan saya.

15. Saya sangat anti melihat orang lelaki yang tidak bersolat Jumaat. Tambah anti lagi kalau sebabnya tidak solat Jumaat itu adalah kerna sedang berdating dengan awek(s)nya. Ya, saya tahu saya bukan baik sangat dan ada juga meninggalkan solat wajib. Tapi saya tidak menghasut org lain utk turut meninggalkannya.

16. Saya miss air kedondong di Pak Li Kopitiam Sec. 7 Shah Alam itu.. Ada sesiapakah yang boleh mendapatkannya untuk saya?


Selesai. Sekian, terima kasih.

LomPat!!



Lompat si katak lompat,
Lompat di tepi pantai,
Lompat la ADUN lompat,
Rakyat Perak yang tergadai.

Thursday, 5 February 2009

Taggie!

Farah telah mentag saya denagn jaya dlm postnya yg dh brape lama berlalu. Sebab sya sgt bizi smpai balik jam 11/12 mlm setiap hari sejak beberapa mggu yg lalu, maka saya x berkesempatan. Harini, aya rasa mcm sgt fed up tgk itu agreement dan minit mesy dll yg menimbun itu. So here goes!!

Rules: The rules are simple. Use Google Image to search the answers to the questions below. Then you must choose a picture in the first page of the results, and post it as your answer. After that tag 6 people.

I amworking around d clock trying to finish everything before we move to new building
Huuhuu letihnya!!


I really want to go to

Go figure. Sedang menabung skrg..


My favourite place
Hanya kerana aku suka menyanyi n i miss my karaoke buddies!! huuuhuuu


My favourite thing is
PC ku yg berinternet.. kena lah suke sbb ari2 ngadap dia ni. nasib baik jga ada internet yg blh buat aku surfing2 dan mendengar lagu berirama di kala ketensenan melanda.
My favourite drink is


Epal susu. dulu saya sgt suke tembikai. My buddy Siti in troduced me to this drink & i'm hooked man!


Dan juga air tebu. Menu wajib jika ke pasar mlm.


My favourite food is

Spagheti.. waduh x tahaan..!


My favourite col our is definitely

different shades of red

I live in

Serdang, baru je x sampai setahun pun.. prefer shah alam dari tmpt ni.. bohsann!

I was born in
sitiawan sebenarnya, tp xde gambar sesuai so kwsn bhampiran is lumut lah.

I attended

SMK Meth AC

S Sitiawan


SM Gunung Rapat Ipoh

SMK Convent Taiping




My favourite story is


romance novels.. their covers sgt dedah2 so for decency aku letak this gambar ye


sgt jatuh cinte ngn citer ini

This is my hobby




And I definitely wish for



I'm tagging SESIAPA SAHAJA yang minat nk menjawabnya..


p/s: Tag ini mengambil masa yg sgt lama.. sbb sya kna drag pic dr bhgn atas ke tempat sepatutnya dia berada.. shhesshh!!