Malam semalam, aku menonton TV.. Tengok cerita pulangkan.. di astro prima 105.. Tapi aku x nak cerita pasal cerita tu.. Biasa lah masa iklan, aku akan surf2 channel lain.. So terbuka lah channel 108 dan aku tgk la sekejap. Masa tu disiarkan cerita "life in a metro". Sapa ntah berlakon filem ni aku pun x kenal.. Tapi ada satu ayat yang diungkapkan oleh karekter tu terkesan betul pada aku..
Karekter tu (lelaki) akan kahwin dengan gadis pilihan ibu dia. Jadi ada seorang perempuan lain ni tanya lah samada dia akan puas hati x dengan pilihan ibu dia dan mana boleh nak kahwin dengan orang yang x dikenali.. macam mana pula dengan cinta/love.. bolehkah cinta dengan orang yang x dikenali yg bukan pilihan hati sendiri? Mesti x dapat terima/gaduh.
So, karekter lelaki ni jawab: Love can come later. At least kita try dulu. Lagipun kenapa nak takut x dapat terima/ gaduh? Cinta/relationship bukan macam barang yang kalau kita x suka/rosak, kita boleh pulangkan. Cinta/relationship x ada jaminan/waranti/tempoh percubaan.. Jadi kita mesti usaha untuk jadikan ia berjaya. Jika kita x suka, kita kena jadikan diri kita suka juga. Sebab cinta/relationship bukannya barang yang boleh dipulangkan sesuka hati.
Well, aku terkesan dengan dialog karekter lelaki tu bukannya apa.. Mungkin selama ini aku melihat kegembiraan dalam sebuah perhubungan tu boleh dicapai jika lelaki itu lengkap pendidikannya, hartanya, rupanya... tapi benda ni semua tidak menjamin kegembiraan itu akan datang pada aku.. Tak lah pula aku kata yang aku tak kisah jika lelaki itu tiada pendidikan, tiada harta atau tiada rupa.. tapi kini aku rasa faktor-faktor tu semua bukanlah lagi jadi kayu ukuran utama. Kerana x semestinya aku boleh gembira dengan dia..
Yang penting kesungguhan lelaki itu untuk berusaha.. Dan tak lupa kesungguhan perempuan itu juga untuk berusaha. Jika sama-sama rasa sunguh-sungguh mahukan relationship yang everlasting, masing-masing kena sanggup berusaha untuk menjayakan hubungan tersebut.. Bukannya bila ada masalah, masing2 tarik muka tidak mahu berbincang. Bukannya menyalahkan sesama sendiri. Bukannya tidak ambil peduli dengan keadaan yang satu lagi.
Jika kedua-dua lelaki dan perempuan itu betul-betul bersungguh-sungguh mahu menjayakan hubungan itu, aku pasti ia boleh berjaya walaupun masing-masing x mengenal dan tiada cinta pada mulanya. Masing-masing kena berusaha untuk mencapainya..Sebab perhubungan itu bukannya barang yang boleh dipulangkan.