Thursday, 3 February 2011

Penipuan Berleluasa

Zaman sekarang ni, macam-macam yg manusia buat.. utk menipu orang...dah terlebih pandai agaknya...

Aku ada 2 kisah nak kongsikan kat sini.


Kisah 1

Dapat 1 sms masa sedang sibuk buat assignment yg perlu submit slps CNY ni *read: buat asgmt 30min, surfing baca blog2 org 3 jam*... SMS dari nombor +628991767697 tu berbunyi begini

"Ni ayah guna fon police tlog bg bgi credit maxi$ 50 ringgi ke nombo bru ayah 0128213291 Ayah lgi ada msalah kat blai police. Ta payah call, sekejap ayah call"
*kesalahan ejaan dan ayat yg x serupa dengan bhsa Malaysia mmg bukan salah aku.. salah si penaip SMS tu lah*

Aduhai... dah sah-sah ayah aku tengah menyuap nasi lemak ke dalam mulut sambil tengok Al-Jazeera yg menyiarkah berita2 "live" tentang situasi di Egypt... terus aku tergelak dan tunjukkan sms pada ayahku.

"Apa ni?" tanyanya.. "entah,, penipu mana la ni nombor pun nombor indon rasanya (maaflah kalau aku salah x tahu kod nombor international, tapi aku rasa kalau +628 tu, nombor indon-lah.)

Kalaupun ayah aku x ada di depan mata ketika itu, aku rasa aku takkan percaya pun SMS tu. Sebab bahasa yang digunakan memang sah-sah bukan gaya percakapan biasa ayah aku. Siap dengan singkatan2 pkataan yang digunakan, bukanlah ciri-ciri ayah aku utk menaip sebegitu.


Sebelum ni, pernahlah aku terdengar tentang cerita2 penipuan SMS sebegini, tapi x pernahlah terjadi pada aku. Yg pernah ku dpt pun, di email menang duit lah, lotto lah, harta warisan siapa entah yg nak dibahagi-bahagikan lah dan minta tolong nk masukkan dalam akaun bank lah ..tapi semuanya aku tak layan.. Cuma yg satu ni, aku rasa sgt lawak & kelakar. Aku terfikir ada ke orang yg dah terpedaya dengan SMS-SMS begini sebelum ni?



Kisah 2


Sahabat aku yg seorang ni dihubungi seseorang di FB, yg ingin berkenalan.. Kalau lihat profile di FB, gambarnya gambar mat saleh, asal UK. Saja lah sahabat aku ni menyambut salam perkenalan. Bertukar2 nombor telefon, bergayutanlah mereka dililit wayar charger telefon itu *kerna sesi perbualannya terlalu lama*. Yg lelaki mat saleh itu sudah mula meluahkan rasa dan kata-kata cinta pada sahabatku. Sahabatku yg baru kecundang dalam percintaan *read:perkahwinan* pun melayan. Sampai sahabatku sudah bercakap dengan seorang perempuan yg diperkenalkan sebagai ibu lelaki itu....Aku yg skeptikal cuma mendengar cerita2 sahabatku dan mengangguk-angguk... Walaupun hatiku x berapa setuju, tapi itu kan hidup dia, urusan dia lah. Siapa aku nk masuk campur.

Kamu semua tentu fikir sahabat aku bodoh, ditipu hidup2.. Sudah banyak cerita tentang lelaki asing cuba menipu wanita Malaysia pun, masih lagi mahu percaya dengan lelaki yang satu ini?

Cuba teruskan baca lagi..

Rupanya, sahabatku ini memasang serkap jarang. Diajaknya lelaki asing itu berjumpa. Utk pengetahuan, sahabatku ini selalu merantau utk urusan kerja lah, melanconglah. Jadi dalam sebulan jika 2 kali dia ke UK, diajaknya lelaki itu berjumpa.. berjuta alasan diberikan. Jika lelaki itu beritahu dia ke Malaysia/Singapore/Philippine/Thailand utk urusan kerja, sahabat aku ajak berjumpa, berzillion lahi pula alasan yg diajukan. Sedangkan tiada masalah utk sahabatku itu fly berjumpa dengan lelaki itu. Timbul 1 syak di situ.

Kemudian, bila sahabatku memeriksa bil telefonnya, bilnya tidaklah setinggi yang disangkakan. Sahabatku punya ramai kawan di UK kerana dia dulu belajar di sana, jadi dia tahu caj kadar panggilan biasa Msia-UK berapa harga dan nilainya. Jadi tidak logik jika bil telefonnya rendah sedangkan nombor itu nombor UK. Sepertinya, penerima pangglan (lelaki itu) berada di Msia saja.. Timbul syak kedua.

Lelaki itu mohon pertolongan sahabatku untuk mencari maklumat mengenai syarikat2 furniture di Msia yg boleh mengeksport barangan ke UK. Mahu buat bisnes lah katakan. Dan dia katakan yg dia telah menghantar maklumat2 syarikat, brochure etc (x ingat apa lagi yg katanya disertakan sekali). Seorang manusia yg mengaku dirinya pegawai kastam menghubungi sahabatku mengatakan barangan yg dihantar sangkut kerana duti apa entah tidak cukup dibayar. Maka sahabat aku disuruh top up kan bayaran yg kurang utk mendapatkan barangan tersebut. Sahabat aku refused to do so. Timbul syak lagi.

Lelaki itu menelefon sahabatku, bertanya kenapa tidak mahu menuntut barangan itu. Bukankah mereka sudah berbincang tentang peluang2 perniagaan di Msia dan UK? Aku pun tak tahu bagaimana sahabatku slow talk dengan lelaki itu sehinggalah rahsia lelaki itu berjaya dikorek.. Lelaki itu mengaku dia dari satu sindiket yang memang international untuk menipu wanita-wanita mengeluarkan duit mereka. Akuinya lagi, sahabat aku adalah orang yang paling susah untuk termakan jerat percintaan yg diumpankannya.

Sahabatku ini memang curious. Dimintanya lelaki itu bercerita ttg modus operandi mereka. Dia mula bercerita yang dia memang duduk di Malaysia sekarang, dia lelaki Afrika (Nigeria) sebenarnya, dan ada rakan-rakannya di UK yang bertanggungjawab utk membuat akau FB palsu, ada yg berhubungan dengan kastam (kastam Msia @ UK aku pun tak tahu yg mana satu), pendek kata ramailah anggota sindiket itu dan macam2 pula peranan mereka. Dia berperanan menghubungi & memikat wanita2 melalui telefon.. Sempat pula dia menyebut nama sebenarnya dan meminta maaf dari sahabatku, memohon jangan diadukan kepada polis. malah katanya dia benar2 telah jatuh cinta pada sahabatku kerana sahabatku saja yg bijak dan tidak terpedaya dengan pujuk rayunya sebelum ini.


Dahsyat betullah manusia sekarang ni ya, menipu untuk mendapatkan duit. Hai mintalah dijauhkan terkena pd diriku atau keluargaku.