Monday, 21 March 2011

jakarta bandung 16-19 mac 2011

Assalamualaikum..

Hmm lama dah tak menulis di sini.. Setiap hari buka blog, tapi blog orang lain. Baca status kawan2, selebriti. Tapi blog sendiri dibiarkan berhabuk. memang dasar pemalas aku ni.

Aku baru saja balik dari Jakarta Bandung 2 hari lepas.. OK je lah pengalaman tu. Mungkin sebab dah selalu pergi negara seberang, hati excited & berdebar2 macm trip dulu2 ke Medan, Bkt Tinggi & Bandung tak dirasa utk trip kali ni. Yang berdebar2 pun sebab kali ni aku yg uruskan semuanya sendiri tanpa guna orang tengah atau travel agent.

Tiket airas*ia dah dibooking dari bulan Januari lagi. RM300 return ticket KUL-JKTA. Aku buat tempahan transport dan hotel melalui I*wan. Lama juga lah aku research di internet, baca blog, posting & komen orang tentang khidmat2 transport dan hotel di Bandung & Jakarta. So last2 buat keputusan guna khidmat I*wan ni. Aku juga dah siapkan itinery & currency exchange rate utk kemudahan ahli rombongan. Oh lupa nak beritahu, untuk trip kali ini, ahlinya semua perempun, 6 orang. Aku, mak, opah cik, mak mun (makcik saudara), mak cho (mak saudara) & fatin (cousin).

Banyak cabaran mengendalikan rombongan yang terdiri dari orang tua-tua ni. Ada yang slow dah tak larat jalan, ada yang kedekut berkira2 setiap sen. Huuhh kalau tak kerana mak aku, aku tak include dia dalam trip ni. Dia bising katanya eh kawan dia RM350 mcm tu je belanja transport hotel & makan di Bandung. Wahh kalau adventurous nak naik angkotan, tido hotel budget, makan di gerai tepi2 jalan, aku boleh arrange trip sebegitu. Terus aku sound balik, tapi cara baik la, takkan tak hormat orang tua pulak, boleh, memang ada orang kos macam tu je, tapi kena cergas lah. Tak boleh berkira kualiti transportnya, hotelnya, makannya. Melompat2 naik angkotan dari satu tempat ke tempat yang lain. Utk group kita susah & not advisable to do that sbb ada opah yang dah tak larat jalan, makcik2 tua yg sebaya dia. Kalau ambil teksi, kena ambil 2, nanti terpisah2 pulak, macammana? Ni pun utk kemudahan bersama juga..

Sebut pasal transport, aku agak bengang juga masa sampai di Jakarta. Kereta yang disediakan tak muat untuk 6 orang & luggage sedangkan dah janji & confirm dalam email bahawa kami 6 orang + luggage. Of course lah luggage akan ada 6 beg sebab ada 6 orang ahli rombongan ye tak. Masa booking dulu aku dah siap2 bagitahu, ibunya gede2 (besar2) ya. Jadi kereta apa yang sesuai. Katanya innova ok. Aku pun terima je lah cadangan. Mana aku tau innova tu rupa mana, aku bukan minat kereta. Seangkan kereta malaysia pun aku tak tau nama, kuasa lejang, muatan dll apatah lagi kereta2 import ni. Kesian makcik2, mak & opah yang tua2 tu. Orang tua biasalah, sakit pinggang, sakit lutut, mana lalu duduk lama2 berhimpit2 pulak tu. Mau tak mau sumbat je la semua macam sardin dalam innova tu, takkan nak tinggal di airport. Dah lah jam perjalanan Jkt-Bdg tu. Nasib baik semua orang2 tua ni tengah excited nak berjalan & bershopping, masing2 terima je. malu aku dengan diorg.

Di Bandung, aku cuma bawa mereka ke Diaz, Terminal Tas, FO Calamus, Secret, Mariaty Spa, batik Dinar Hadi dan amsa yang lainnya memang di Pasar Baru saja. Tanya nak tengok jeans di Toko 3 tak? Tak Nak! Nak tengok lukisan2 & hasil2 seni tak? Tak Nak! Nak tengok buku2 di Palasari tak? Tak Nak! Nak tengok kolam air panas tak? Tak Nak! Nak tengok cd2 lagu & sinetron indonesia tak? Tak Nak! Nak tengok gunung berapi tak? Nak! Nak tengok FO-FO tak? Ada jual apa kat situ? Macam2, baju orang dewasa, kanak2, perempuan, lelaki, tapi baju gaya moden2 lah. Baju pejabat, baju casual, baju jalan2. Jawab diorang, 1-2 cukuplah untuk hadiah cucu! Orang-orang tua, taste-nya memang ke Pasar Baru saja.

Letih aku tawaf Pasar Baru tu. Dah cakap kalau nak jalan sorang, janji jumpa sekian-sekian jam, sekian-sekian tempat. Kalau takut, ikut aku je. Tapi hampeh, pandai2 pusing, pastu tak jumpa jalan, sesat pastu aku yg lenguh2 kaki membawa badan yg berat ni mencari ke sana ke sini. Telefon diorang pun x leh guna, sebab roaming tak diaktifkan, walaupun aku dah pesan suruh aktifkan (mcm maxis kena bg pasport copy to centre dia utk aktifkan). Huiii cobaan cobaan. Mcmana lah aku nk buka travel agency mcmni.. Sabar yam sabarrrrr.

Tapi aku tengok makcik2 & opah saudara ku ni enjoy shopping di Pasar Baru. Mak pulak biasa2 je. Orang dah selalu pegi shopping Indonesia, dah tak heran sangat. Cuma memborong barang2 utk dijual saja. Aku cuma cari barang2 yang adik beradik pesan, purse & handbag utk diri sendiri.

Makan pulak, kami ikut je apa yg disyorkan oleh supir. Bolehlah rasa dia, tp kureng jugak la utk tekak aku ni. Cuma setiap kali makan aku mesti order jus buah, memang terbaik. pekat bersari fuuhhhh.

Hari last tu kami ke Jakarta terus ke Tanah Abang. Aku tengok kat Tanah Abang ni, lebih banyak selesanya dari Pasar Baru. Ada aircond, masjid dia di rooftop pun cantik, bersih. Best. Cuma harga tak dapat tawar byk2 smpai 50-70% mcm di Pasar Baru. Di Jakarta pun cuma shopping di Tanah Abang je. Tak sempat ke tempat lain, tak sempat tengok pemandangan Monas lah Masjid Istiqlal lah, Tmn Mini Indonesia lah. semua tak sempat. Usai shopping, terus ke airport check in. Amik kau excess baggage.. Mana taknya opah sedara aku je, beg dia dekat 50kg, sedangkan aku beli weight beg utk 20 kg je. Orang2 lain lagi.. Lepas bincang2 setuju mak aku bayarkan dulu & diorang akan byr balik ikut excess weight masing2. mak bayar RM600 + Rp1juta utk excess weight tu.

All in all trip ni biasa2 je bagi aku. Hati pun dah tak excited dah kalau dengar jakarta bandung. Tapi kalau ke bukit tinggi aku nak pegi sekali lagi. Sapa nak ikut???

No comments: