apsal tangan boleh jadi so cemerkap.. sampai kunci bleh jatuh ke longkang?
longkang tu plak jenis yg bertutup dan ade lubang kecik.. dan bagus yg maha bagus ialah kunci tu cantik2 je masuk dlm lubang kecik tu.
nak seluk tangan celah lubang, x muat. dah la gelap dlm longkang tu. salah raba, teraba benda lain, nahas.
nak merangkak amik, aisehh ade mamat mana ajar pompuan mana (awek dia kot) driving malam2 cenggini.. malu sehh nk tertonggeng2.
pikir2 plak, kalo tangguh, takut ujan ke ape ke, kunci tu hanyut ke mana2 plak.
amik torchlight, suluh sket2, nmpak la kunci tu tersadai lawa je.. cecewahh sengaja nk nyusahkan aku di mlm yg berbahagia ni.
pandang kiri kanan.. okehh mamat & awek tu xde.. aksi komando bermula..dengan pakai baju kurung aku menyusup masuk longkang.
nasib baik dapat cekau kunci tu. undur balik.. panjat kuar longkang.. yess! line clear!
tetiba ada keta myvi putih, parking kat depan longkang tu, posisinya menghadap aku, pasang lampu keta, dan berlalu pergi..
aaaaa ingat xde org.. malu eh gadis melayu terakhir merangkak longkang!
2 comments:
tahniah kerana berjaya mengambil kunci itu!!!
kenangan yg best tuh...
Post a Comment