Saya ke Terengganu baru-baru ini dan baru sekarang berkesempatan untuk buat entry mengenainya (maaf ya Wahida, tapi saya tahu anda tiada ketika itu..)
Masjid Kristal
.jpg)
.jpg)
.jpg)
Sebelum ini, banyak saya dengar desas-desus mengenai masjid kristal ini. Satu pembaziran lah- sebab dibuat di pulau maka siapa yg jadi jemaahnya, tak boleh dibuat tempat utk solat jumaat lah sebab di pulau tiada yg bermastautin sekurang-kurangnya 40 org, salah kiblat lah, mcm2 lagi lah. Terdetik juga di hati ape lah kerajaan negeri Terengganu, apa guna bina masjid jika tidak digunakan dan diramaikan?
Ini sedikit gambar2 di Masjid Kristal. Saya sangkakan masjid ini besar. Rupa-rupanya ia seperti sekadar satu madrasah/musolla sahaja. Lagipun masjid terdekat boleh dilihat di seberang, tak jauh dari pulau terletaknya masjid kristal itu. Mungkin kerana namanya "masjid", maka ramai yang beranggapan fungsinya juga mesti seperti sebuah masjid yang biasa. Tapi yang saya lihat, ia lebih berfungsi sebagai madrasah di mana pengunjung-pengunjung ke pulau itu yg mau melihat Taman Tamadun Islam dan sebagainya boleh menunaikan kewajipan kpd Allah SWT. Sama juga kalau kita ke pusat membeli-belah, pastinya kita akan mencari surau untuk bersolat bukan.
Soal kiblat salah itu, saya tak dapat nak komen, kerana saya tiada kompas untuk mengkaji kedudukan masjid itu. Lagipun, takkanlah Jab Agama Islam Terengganu (adakah Jab ini yg bertanggungjawab, saya pun x tahu) akan sekadar membiarkan perkara seumpama itu berlaku tanpa sebarang teguran atau tindakan pembetulan atau penambahbaikan?
Taman Tamadun Islam
Ok, beralih pada Taman Tamadun Islam pula.
Saya salute sungguh pada idea Taman tamadun Islam ini. Memang x puas berjalan2 di sini. Saya cuma sempat melihat landmark masjid-masjid dunia yang ada, tanpa masuk ke dalam amphitheatre yg disediakan di beberapa masjid kerana kekangan masa. Memang mimpi lah kalau nak harap saya berjalan seluruh dunia untuk lihat yg original, tapi dapat lihat semua replika masjid2 yg dikumpulkan di sini pun cukup mengagumkan.
Lihat gambar di sini ya!
Pasar Payang
Hehehe.. Saya mahu shop till you drop tapi keadaan kewangan x mengizinkan. Maka cuma dapat membeli beberapa essentials sahaja contohnya batik sutera spt gambar di bawah. Bukannya apa, sejak jadi org gomen skrg, setiap Khamis kena pakai batik, dan saya kena la ikut kan hehe.
.jpg)
Selain itu, saya juga beli cadar dan selimut yang lawa (di mata saya lah), juga set tilam baby utk bakal anak saudara yg akan datang bulan 3 ni.
Pantai
Sempat juga ke pantai ape ntah nama dia kat belah Setiu/Besut nun. Bersihnya. X mcm di P.D atau tempat2 lain yg pernah saya kunjungi.
.jpg)
.jpg)
Satu lagi yg saya suka d Terengganu ialah tulisan sepert gambar di bawah di bandarnya. Kagum.
Ok. Takat sini saja lah ye. Bye
3 comments:
owh pasar payang tu mmg sume org nk pegi. batik sutera mmg murah di situ lagi2 kalo pandai tawar-menawar.
pasar payan tu yg mana 1 ar? yg dkt dgn jeti 2 ke? yg ada restoran atas air 2?
Taman Tamadun Islam dah siap?
Post a Comment